FAQ

Soalan Kerap Ditanya tentang menggunakan AutomatedBinary.com

Umum

Bagaimana AutomatedBinary.com berfungsi?

Apabila anda membuka akaun dengan Automated Binary, anda akan memilih bahasa dan broker anda. Anda berkuasa untuk memilih tetapan yang digunakan di dalam sistem automatik. Anda memilih:

Masa luput: 60 saat, 90 saat, 2 minit, dsb…
Amaun bagi setiap dagangan: $5, $10, $20, dsb…
Dagangan serentak maksimum: 1-8
Kaedah dagangan yang akan digunakan oleh sistem: Klasik, Martingale atau Fibonacci.
Apakah penanda pasaran yang anda ingin sistem automatik gunakan. Terdapat banyak pilihan.
Apakah aset yang anda benarkan untuk sistem automatik dagangkan.
Setelah membuat pilihan ini, anda hanya perlu menukar sistem kepada dagangan-auto. Sistem akan mengikut penanda yang telah anda pilih, dan mulakan berdagang. Anda boleh melihat dagangan ini secara langsung, atau anda boleh melakukan tugasan anda dan datang kemudian untuk menyemak keuntungan yang dibuat oleh sistem automatik untuk anda.

Automated Binary juga menawarkan akaun demo $50,000 untuk mencari tetapan yang paling sesuai untuk anda tanpa merisikokan wang anda. Setelah anda memahaminya, anda boleh melakukan deposit dan membenarkan sistem menjana keuntungan untuk anda melalui broker pilihan binari pilihan anda.

Bagaimana untuk saya melihat sejarah dagangan?

Walaupun anda boleh melihat dagangan terkini dan hasilnya pada laman web Automated Binary, anda juga boleh melihat sejarah dagangan lengkap dengan melakukan log masuk ke dalam broker pilihan binari anda dan pergi ke sejarah dagangan. Anda akan dapat melihat semua dagangan dan hasilnya.

Berapakah kos AutomatedBinary.com?

Automated Binary adalah percuma untuk digunakan. Akan tetapi, untuk menjana keuntungan, anda perlu membuat deposit kepada salah satu daripada broker Automated Binary yang disyorkan.

Adakah AutomatedBinary.com sesuai dengan tablet dan telefon mudah alih

Sudah tentu! Kami tahu bahawa peratusan besar pedagang sentiasa keluar dan menggunakan telefon pintar dan tablet mereka. Automated Binary mengenal pasti bila peranti mudah alih digunakan dan melaraskannya supaya bersesuaian.

Adakah AutomatedBinary.com berjalan ketika saya berada di luar talian?

Untuk kesalamatan anda, kami tidak membenarkan sistem untuk terus berdagang sekiranya anda berada di luar talian. Pelayar harus dibiarkan terbuka, tetapi anda boleh membuka tab atau tetingkap lain untuk menguruskan tugasan-tugasan lain.

Deposit & Pengeluaran

Berapakah amaun deposit minimum?

Amaun deposit minimum biasanya bergantung kepada broker yang anda pilih. Saya mendapati bahawa majoriti broker menetapkan deposit minimum sebanyak $250, tetapi sesetengah broker menetapkan lebih atau kurang daripada itu.

Berapakah amaun deposit yang disyorkan?

Kami mengesyorkan anda mendepositkan $500 atau lebih untuk mendapatkan yang terbaik daripada Automated Binary. Semasa menggunakan kaedah dagangan Martingale atau Fibonacci, sistem ini “menggandakan” amaun dagangan apabila kerugian berlaku. Dengan mendepositkan $500, anda tahu bahawa dagangan anda akan dilindungi membenarkan anda menjana keuntungan yang besar.

Bagaimana saya mengeluarkan dana saya?

Semua kemenangan anda dikendalikan oleh broker pilihan perduaan yang anda pilih. Automated Binary tidak memproses deposit atau pengeluaran. Anda akan mendaftar masuk ke dalam akaun broker anda, meminta pengeluaran dan menyediakan sebarang dokumentasi pematuhan untuk mematuhi peraturan anti penggubahan wang haram. Broker akan memproses permintaan pengeluaran anda dalam beberapa hari, dan wang tersebut akan berada di dalam akaun anda secepatnya.

Akaun

Bagaimana untuk saya mengkonfigurasi tetapan saya?

Tab tetapan anda boleh ditemui pada bahagian tepi skrin Automated Binary. Hanya klik pada tab tersebut dan anda akan dibawa ke halaman di mana anda boleh mengkonfigurasi tetapan yang anda inginkan. Tetapan ini akan dilaraskan serta-merta selepas perubahan dibuat.

Apakah masa luput yang tersedia?

Masa luput yang tersedia pada masa ini adalah:

60 saat
90 saat
2 minit
3 minit
dan 5 minit


Apakah tetapan robot lalai?

Tetapan lalai ditetapkan untuk menghasilkan risiko yang paling rendah. Ia adalah:

Masa luput 60 saat
Akaun dagangan minimum sebanyak $5
2 dagangan serentak
Kaedah dagangan Klasik
Semua penanda dihidupkan
Semua aset tersedia untuk didagangkan

Bolehkah saya mencuba robot dengan akaun demo?

Kami gembira untuk menyediakan anda kaedah untuk memahami Automated Binary. Kami menyediakan akaun demo percuma $50,000 supaya anda boleh menyemak sistem ini.

Broker

Bagaimana saya memilih broker pilihan binari?

Kami mempunyai pelbagai broker pilihan binari untuk dipilih. Anda boleh membaca ulasan tentang broker-broker ini yang terdapat pada laman web kami. Anda boleh mencari broker yang menerima negara anda, dan mempunyai struktur bahasa yang anda inginkan. Broker mempunyai deposit minimum dan kaedah deposit yang berbeza. Saya mencadangkan anda menyemak terma dan syarat broker untuk melihat sama ada broker tersebut selesa untuk anda gunakan.

Mengapa broker tidak tersedia untuk disertai?

Sesetengah broker mempunyai batasan pada negara asal pedagang yang boleh mereka terima. Ini biasanya disebabkan oleh perlesenan dan kawal selia mereka. Akan tetapi, kami mempunyai berbagai pilihan broker dan anda sepatutnya dapat mencari broker terbaik yang boleh anda gunakan.

Bolehkah saya menggunakan akaun broker sedia ada saya?

Disebabkan masalah teknikal, kami tidak membenarkan pedagang menggunakan akaun broker sedia ada. Anda perlu membuka akaun baru untuk menggunakan Automated Binary